Malaysia legislation
Section 18
of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)
Seksyen 18
(2)
Jawatankuasa Pengajian hendaklah termasuk orang yang berikut:
(a)
Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi
Jawatankuasa Pengajian;
(b)
Timbalan Ketua Pengarah;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 865
(c)
seorang wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
dan
(d)
dua orang wakil daripada mana-mana institusi pengajian tinggi.
(3)
Seorang pegawai kanan Institut hendaklah dilantik sebagai
Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengajian.
(4)
Tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Institut,
Jawatankuasa Pengajian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
(5)
Pengerusi Jawatankuasa Pengajian boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Pengajian untuk memberikan nasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Pengajian.
Kuasa Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa lain