Malaysia legislation
Section 27
of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)
Seksyen 27
Hadiah
(2)
Apa-apa harta atau wang yang diterima oleh Institut di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat yang padanya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan oleh Lembaga untuk kesemua atau mana-mana maksud Institut mengikut Akta ini.
(3)
Suatu daftar hendaklah disimpan berkenaan dengan semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang padanya harta dan wang itu telah diberikan.
(4)
Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta dan wang itu diberikan dan diterima dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.
Kuasa meminjam