Malaysia legislation

Section 36

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 36

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap

Institut atau dalam apa-apa prosiding lain yang dalamnya Institut dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengari, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengari, mana-mana orang atau pegawai Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau am Ketua Pengarah, boleh bagi pihak Institut, memulakan prosiding itu atau hadir dalam dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Institut.

Section 36 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)