Malaysia legislation
Section 22
of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969
Seksyen 22
Pelindungan ahli Lembaga dan Majlis Sains terhadap tanggungan
Tiada seorang pun ahli Lembaga atau ahli Majlis Sains boleh bertanggungan sendiri terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam menguruskan atau menjalankan hal ehwal Institut, Lembaga atau
Majlis Sains, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh suatu perbuatan atau peninggalan salah yang sengaja di pihaknya.