Malaysia legislation
Section 25
of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969
Seksyen 25
Dengan persetujuan Menteri, dan mengenai perenggan (a)
dan (b) tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga boleh membuat kaedah bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut—
(a)
menetapkan tangga gaji dan syarat mengambil bekerja pegawai dan pekhidmat Institut, termasuk peruntukan mengenai pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat itu;
(b)
menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang simpanan bercaruman bagi pegawai dan pekhidmat
Institut atau untuk membayar pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat tersebut apabila bersara ataupun apabila berhenti memegang jawatan;
(c)
prinsip dan tatacara berkenaan dengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan dalam
Institut, tidak termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan
Ketua Pengarah;
(d)
prinsip dan tatacara bagi menilai kebolehan dan pekerjaan kakitangan profesional Institut; dan
(e)
apa-apa perkara lain yang boleh ditetapkan di bawah
Akta ini.