Malaysia legislation
Section 2
of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969
Seksyen 2
Tafsiran
“Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah” ertinya
Ketua Pengarah Institut dan mana-mana Timbalan Ketua
Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas
Pertanian dan Industri Asas Tani;
“perladangan campuran” ertinya suatu sistem perladangan yang melibatkan segala tanaman (kecuali koko), ternakan dan perikanan dengan cara bersepadu.