Malaysia legislation
Section 5
of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969
Seksyen 5
(1)
Bagi maksud mentadbirkan Institut ditubuhkan Lembaga
Pengelola Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(dalam Akta ini disebut sebagai “Lembaga”) iaitu suatu pertubuhan yang diperbadankan kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai rasmi, dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya, dan tertakluk kepada
Akta ini dan juga bagi maksud boleh membuat kontrak dan juga berkuasa memperoleh dan memegang apa-apa jenis harta alih, harta tak alih dan harta tidak ketara, dan melupuskannya atau secara lain, membuat apa-apa urusan berkenaan dengannya.
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
(a)
Pengerusi;
(aa)
Ketua Pengarah;
(b)
seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani;
(c)
seorang wakil Kementerian Kewangan;
(d)
seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi;
(e)
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri;
(f)
seorang wakil daripada
Kementerian yang bertanggungjawab bagi Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar;
(g)
tidak lebih daripada lima orang ahli yang berpengalaman dalam penyelidikan pertanian, pemajuan pertanian, industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan.
(3)
Ahli Lembaga hendaklah dilantik selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka oleh Menteri dan layak dilantik semula, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan ataupun jawatannya menjadi kosong.