Malaysia legislation
Section 6
of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969
Seksyen 6
(1)
Dengan tidak menyentuh subseksyen 5(1) Lembaga mempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan:
(a)
tertakluk kepada arahan Menteri, menetapkan dasar pentadbiran Institut;
(b)
menetapkan tatacara berkenaan dengan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan pekerja dan pekhidmat Institut, tidak termasuk Ketua
Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah;
(c)
dengan persetujuan Menteri, meluluskan belanjawan atau anggaran perbelanjaan bagi pentadbiran dan pengendalian Institut;
(d)
mengeluarkan kaedah pentadbiran berkenaan dengan pentadbiran harian Institut;