Malaysia legislation
Section 9
of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969
Seksyen 9
Dengan tidak menyentuh subseksyen 8(1), Majlis Sains hendaklah mempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan:
(a)
memberikan nasihat berkenaan dengan menyusun dan mengulang kaji rancangan penyelidikan Institut;
(b)
memberikan nasihat berkenaan dengan keutamaan bagi rancangan penyelidikan dan kemajuan Institut supaya mempunyai mutu dan memberi kesan yang terbaik;
(c)
sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhan luar negara, sama ada dalam bahagian awam atau persendirian, dan sentiasa mengadakan perhubungan dengan keperluan penyelidikan pertanian;
(d)
memberikan panduan dalam kemudahan kemajuan atau penyelidikan termasuk pemilihan tempat dan kemudahan makmal dan penyeliaan benda kelengkapan pakar yang mustahak;
(e)
memberikan nasihat berkenaan dengan tatacara menilai kebolehan dan pekerjaan kakitangan profesional yang dilantik di bawah Akta ini, termasuk kenaikan pangkat berasaskan merit profesional;
(f)
memberikan nasihat berkenaan dengan kerja penyuratan perpustakaan dan terbitan Institut.