Malaysia legislation

Section 26

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016

Seksyen 26

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum mulanya bulan Jun setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan

(termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum permulaan bulan Disember tahun itu, memberitahu Institut amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(4)

Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan itu dimasukkan dalam anggaran tambahan.

Kumpulan wang rizab

Section 26 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016