Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
Kerajaan Persekutuan, harta dalam tiap-tiap dapatan penyelidikan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan itu hendaklah terletak hak pada Institut; atau
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 29
(b)
mana-mana Kerajaan Negeri, orang perseorangan, syarikat, badan atau organisasi, harta dalam tiap-tiap dapatan penyelidikan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan itu hendaklah terletak hak mengikut perjanjian antara Institut dengan Kerajaan Negeri, orang perseorangan, syarikat, badan atau organisasi itu.
(2)
Jika aktiviti penyelidikan dan pembangunan dijalankan oleh pegawai atau pekhidmat Institut semasa menjalankan tugasnya, harta dalam tiap-tiap dapatan penyelidikan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan itu hendaklah terletak hak pada Institut.
(3)
Institut boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, memberikan ganjaran atau insentif kepada pegawai atau pekhidmat
Institut yang disebut dalam subseksyen (2).
(4)
Institut boleh menyediakan apa-apa dapatan penyelidikan yang harta dalam dapatan penyelidikan itu terletak hak pada Institut kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, orang perseorangan, syarikat, badan atau organisasi tertakluk kepada apa-apa syarat dan kepada pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Institut.
(5)
Subseksyen (4) adalah sebagai tambahan kepada dan bukan untuk mengurangkan peruntukan seksyen 31.
Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan, dsb.