Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 15
Institut hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perhutanan;
(c)
seorang wakil Perbendaharaan;
(d)
seorang wakil Jabatan atau Unit yang bertanggungjawab bagi pembangunan sosioekonomi negara;
(e)
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi industri perladangan dan komoditi;
(f)
seorang wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
(g)
seorang wakil Kerajaan Negeri Sabah;
(h)
seorang wakil Kerajaan Negeri Sarawak;
(i)
seorang wakil Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia;
(j)
dua orang wakil industri berasaskan hutan;
(k)
tidak lebih daripada empat orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal kewangan, perniagaan atau pelaburan yang, pada pendapat Menteri, boleh menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan perhutanan dan pengkomersialan hasil hutan; dan
(l)
Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 782
Tempoh jawatan