Malaysia legislation

Section 1073

of AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 1073

”.

Pindaan undang-undang kecil 165 72.

Undang-undang kecil 165 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam perenggan

(3)

dengan—

(a)

menggantikan perkataan “hal” dengan perkataan “mana-mana”; dan

(b)

menggantikan perkataan “jarak perjalanan daripada mana-mana tempat dalam bilik itu ke pintu bilik tersebut tidak melebihi 15 meter” dengan perkataan “keluasan bilik itu tidak melebihi 15 meter persegi atau apa-apa keluasan lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Bomba.”.

1044

[5hb Dis. 2013

Pindaan undang-undang kecil 167 73.

Undang-undang kecil 167 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam apa-apa hal tidak lebih dekat daripada 4.5” dengan perkataan “tidak boleh kurang daripada 5.0”.

Pindaan undang-undang kecil 168 74.

Undang-undang kecil 168 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dalam perenggan

(3)

dengan menggantikan angka “75” dengan angka “80”.

Pindaan undang-undang kecil 169 75.

Undang-undang kecil 169 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan—

(a)

menomborkan undang-undang kecil 169 sebagai perenggan (1) undang-undang kecil itu;

(b)

memasukkan selepas perengan (1) perenggan berikut:

“(2) Bagi hospital dan rumah rawatan daripada Kumpulan Maksud II

(Institusional) –

(a)

koridor dan pelantar hendaklah direkabentuk untuk memuatkan pergerakan usungan dan katil; dan

(b)

rekabentuk hendaklah membuat peruntukan bagi evakuasi mendatar bagi katil pesakit untuk sekurang-kurangnya 50%

daripada jumlah katil pesakit dari tingkat berkenaan.”.

Pindaan undang-undang kecil 172 76.

Undang-undang kecil 172 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (3) dengan perenggan berikut:

“(3) Rekabentuk dan pemasangan bagi tiap-tiap tanda tempat keluar kecemasan hendaklah mematuhi PM 983 dan PM 619.”.

Pindaan undang-undang kecil 189 77.

Undang-undang kecil 189 Undang-Undang Kecil ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1), dengan menggantikan perkataan “1,200 milimeter”

dengan perkataan “12 meter”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (1) perenggan berikut:

5hb Dis. 2013]

1045

“(2) Dalam suatu bangunan daripada Kumpulan Maksud IV (Pejabat), rekabentuk koridor terbuka boleh mempunyai tangga tak terbuka jika dilengkapkan dengan pelantar tambahan tidak kurang daripada dua kali lebar tangga dan dinding yang mengasingkan tangga itu daripada pendudukan dibalikkan kepada satu jarak yang tidak kurang daripada 1

meter sepanjang bahagian hadapan pendudukan bersempadanan.”.

Penggantian undang-undang kecil 194 78.

Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan menggantikan undang-undang kecil 194 undang-undang kecil berikut:

“Bangunan yang mempunyai tangga tunggal

Section 1073 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974