Malaysia legislation
Section 140
Seksyen 140
(2)
Kehendak-kehendak laluan hendaklah seperti berikut:
(a)
laluan hendaklah mempunyai lebar berukuran minimun 6 meter di sepanjang laluan dan hendaklah membolehkan kemasukan dan pengendalian jentera bomba, peralatan menaikkan tangga tambahan, pelantar cakera putar dan hidraulik;
(b)
laluan hendaklah dilapisi atau diturap atau dipasang dengan papak tebuk yang kukuh untuk menampung muatan beban perkakas bomba seberat 30 tan;
(c)
laluan hendaklah dirancang supaya kedudukan akhir laluan tidak kurang daripada 2 meter atau tidak lebih daripada 10 meter dari bahagian tengah laluan, diukur secara mendatar;
(d)
laluan hendaklah disediakan di atas kawasan yang rata, atau jika di atas kawasan curam, kecerunan tidak boleh melebihi 1:15.
Jalan masuk hendaklah disediakan pada kecerunan tidak melebihi 1:8.3;
1042
[5hb Dis. 2013
(e)
jalan mati dan jalan masuk jentera bomba tidak boleh melebihi 46 meter panjang atau jika lebih daripada 46 meter, disediakan kemudahan membelok;
(f)
kawasan luar untuk membelok dari laluan dan jalan masuk jentera bomba hendaklah mematuhi keperluan Pihak Berkuasa Bomba;
(g)
kelegaan atas bagi jalan masuk jentera bomba hendaklah sekurang-kurangnya 4.5 meter untuk memberikan laluan kepada peralatan memadam kebakaran;
(h)
jalan awam boleh digunakan sebagai laluan dengan syarat bahawa lokasi jalan awam itu mematuhi keperluan jarak dari bukaan laluan sebagaimana pihak berkuasa bomba boleh tetapkan; dan
(i)
laluan dan jalan masuk jentera bomba hendaklah bebas daripada halangan dan bahagian bangunan yang lain, tumbuh-tumbuhan, pokok atau lekapan lain tidak boleh menghalang lorong antara laluan dengan bukaan laluan.
(3)
Semua selekoh laluan hendaklah ditanda seperti berikut:
(a)
penandaan selekoh hendaklah mengunakan warna yang kontras dengan permukaan atau kemasan kawasan;
(b)
laluan yang disediakan di kawasan berumput hendaklah ditandakan dengan objek yang kontras (sebaik-baiknya warna yang memantul)
supaya dapat dilihat pada waktu malam. Penandaan hendaklah pada jarak tidak lebih daripada 3 meter antara satu sama lain dan disediakan pada kedua-dua belah sisi laluan; dan
(c)
papan tanda yang memaparkan perkataan “Laluan Jentera Bomba
– Kosongkan Laluan” hendaklah disediakan di laluan masuk. Saiz perkataan hendaklah tidak kurang daripada 50 milimeter.
(4)
Kadar bangunan yang bersempadan dengan laluan, jalan, lebuh atau kawasan terbuka hendaklah mengikut skala berikut:
Isipadu bangunan dalam meter padu
Kadar minimum perimeter bangunan 7000 hingga 28000
satu perenam 28000 hingga 56000
satu perempat 56000 hingga 84000
setengah 84000 hingga 112000
tiga suku 112000 dan ke atas tapak pulau
5hb Dis. 2013]
1043
Pindaan undang-undang kecil 141 67.
Undang-undang kecil 141 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan memasukkan selepas perengan (3) perenggan berikut:
“(4) Tiada apa-apa kayu seperti gelegar, rasuk, tutup tiang, beroti genting, dan pelancar boleh dibina ke dalam ketebalan sesuatu dinding dua pihak melainkan jika terdapat tidak kurang daripada 100 milimeter kerja batu-bata atau simen di antara kayu-kayu itu.”.
Pindaan undang-undang kecil 144 68.
Undang-undang kecil 144 Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan memotong perkataan “ : Bahagian 6 : 1968”.
Pemotongan undang-undang kecil 154 69.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan memotong undang-undang kecil 154.
Pemotongan undang-undang kecil 162 70.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan memotong undang-undang kecil 162.
Penggantian undang-undang kecil 163 71.
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan menggantikan undang-undang kecil 163 dengan undang-undang kecil berikut—
“Pintu-pintu api