Malaysia legislation

Section 197A

of AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 197A

(2)

Ruang akses menentang kebakaran hendaklah disediakan di tiap-tiap paras tingkat dan hendaklah ditempatkan supaya jarak perjalanan daripada tempat paling jauh sekali bagi tingkat itu tidak melebihi 45.0 meter.

(3)

Ruang akses menentang kebakaran boleh ditinggalkan jika tangga menentang kebakaran itu diisitekan untuk memenuhi kehendak-kehendak undang-undang kecil 200 dan semua pemasangan menentang kebakaran dalam kepungan tangga yang diisitekan itu tidak memasuki ke dalam ruang lega yang dikehendaki sebagai jalan keluar daripada bangunan itu.

1046

[5hb Dis. 2013

(4)

Suatu tangga menentang kebakaran hendaklah disediakan untuk memberi akses terus kepada tiap-tiap ruang akses menentang kebakaran dan hendaklah boleh dilalui terus daripada luar bangunan itu pada paras akses perkakas bomba. Tangga ini boleh menjadi salah satu daripada tangga-tangga yang dikehendaki sebagai jalan keluar daripada bangunan itu.

(5)

Suatu lif bomba hendaklah disediakan bagi memberi akses kepada tiap-tiap ruang akses menentang kebakaran atau jika ruang itu tidak ada, kepada tangga menentang kebakaran di tiap-tiap paras tingkat.

(6)

Lif bomba itu hendaklah mengeluarkan terus ke dalam ruang akses menentang kebakaran atau tangga menentang kebakaran atau hendaklah dihubungkan kepadanya oleh suatu koridor terlindung.

(7)

Dalam sesuatu bangunan di mana tingkat atas yang diduduki adalah lebih daripada 18.5 meter di atas paras akses perkakas bomba, lif bomba hendaklah disediakan.

(8)

Sesuatu penthouse yang menduduki tidak lebih daripada 50%

keluasan lantai yang sebaik sahaja di bawahnya hendaklah dikecualikan daripada ukuran ini.

(9)

Lif bomba hendaklah ditempatkan dalam lubang (terlindung berasing jika ia membuka ke suatu ruang berasingan.

(10)

Lif bomba hendaklah disediakan pada kadar satu lif dalam tiap-tiap kumpulan lif yang mengeluar ke dalam kepungan terlindung yang sama atau ruang asap yang mengandungi sesalur pancur, dengan syarat bahawa lif bomba itu ditempatkan tidak lebih daripada 61 meter jarak perjalanan daripada titik lantai itu yang terjauh sekali.

(11)

Semua lif dari tingkat atas tanah tidak boleh dipanjangkan ke tingkat bawah tanah melainkan lantai bawah tanah tersebut mengandungi beban api rendah atau digunakan khusus sebagai tempat letak kereta. Dalam mana-mana situasi yang dibenarkan, lobi terlindung hendaklah disediakan antara bukaan lif dan kawasan yang diberi khidmat.”

Ruang akses menentang kebakaran

Section 197A — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974