Malaysia legislation
Section 211
Seksyen 211
(2)
K.P.B.P. boleh membenarkan penggunaan bahan boleh terbakar untuk pembinaan bumbung bagi bangunan Kumpulan Maksud II, IV, V dan VI seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Kelima Undang-Undang Kecil ini, yang memenuhi keperluan berikut:
(a)
bangunan itu tidak melebihi empat tingkat;
(b)
ruang bumbung di antara bumbung dan siling hendaklah menjadi sawar kaviti yang perlu mematuhi peruntukan yang berkaitan, dan bukaan pada sawar kaviti hendaklah dapat menghentikan kebakaran; dan
(c)
jika sebelah bawah bumbung berfungsi sebagai siling bilik atau ruang, maka sebelah bawah bumbung itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan dengan undang-undang kecil 204.
(3)
Pada pertemuan dinding pengasing atau dinding pangsa, pembinaan bumbung hendaklah mematuhi kehendak sebagaimana Pihak Berkuasa Bomba boleh tentukan.”.
Undang-undang kecil baru 211A