Malaysia legislation

Section 252A

of AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 252A

Suatu atrium boleh dibenarkan dalam sesuatu bangunan dengan syarat bahawa—

5hb Dis. 2013]

1057

(a)

dimensi secara mendatar adalah tidak kurang daripada 6 meter dan keluasan bukaan adalah tidak kurang daripada 95 meter persegi;

(b)

tempat keluar adalah dikepungi secara berasingan dari atrium walaupun akses keluar boleh berada di dalam atrium;

(c)

atrium adalah terbuka dan tidak terhalang;

(d)

bangunan adalah dilindungi secara penuhnya dengan semburan automatik;

(e)

semburan boleh ditinggalkan bagi siling atrium jika ia tidak lebih daripada 17 meter di atas lantai;

(f)

suatu kawalan asap atau sistem salur penyedut asap bagi atrium dan ruang-ruang bersebelahan disediakan sebagaimana Jadual 1

di bawah atau piawaian lain yang diluluskan;

(g)

kawalan asap atau sistem salur penyedut asap hendaklah diaktifkan dengan—

(i)

pengesan asap yang terletak di atas atrium dan bersebelahan dengan tiap-tiap pengambilan udara kembali dari atrium;

(ii)

sistem semburan automatik;

(iii)

sistem pengesan automatik (tetapi bukan sistem pecah kaca yang beroperasi secara manual); dan

(iv)

kawalan-kawalan manual yang tersedia didapati oleh Pihak

Berkuasa Bomba; dan

(h)

atrium diasingkan daripada ruang yang bersebelahan dengan penghadang api yang bersifat satu jam ketahanan api kecuali—

(i)

mana-mana tiga paras bangunan boleh terbuka secara terus kepada atrium tanpa kepungan; dan

(ii)

dinding kaca boleh digunakan sebagai ganti kepada penghalang api di mana semburan automatik diruangkan 1.8 meter atau kurang berjauhan sepanjang kedua-dua belah dinding kaca, tidak lebih daripada 0.3 meter dari kaca supaya permukaan kaca adalah basah apabila semburan berfungsi. Kaca itu hendaklah merupakan kaca apungan dipasang dengan suatu sistem gasket yang membenarkan bingkai untuk memesong tanpa kaca itu sebelum semburan berfungsi.

1058

[5hb Dis. 2013

Section 252A — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974