Malaysia legislation
Section 2C
Seksyen 2C
Walau apa pun perenggan 2B(2) pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa dan dalam berbuat demikian boleh menolak apa-apa pelan peruntuhan atau laporan kestabilan yang tidak mengikut PM 2318:2010 (S) dan jika ia menolak pelan atau laporan itu ia boleh menghendaki orang yang mengemukakan itu untuk mengemukakan semula suatu pelan peruntuhan atau laporan kestabilan yang baru berkenaan dengan bahagian yang ditolak itu.