Malaysia legislation

Section 100

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 100

Jalan, Parit dan Bangunan 151

Mana-mana orang yang pada bila-bila masa merintangi, menghalang atau mengganggu sesuatu pihak berkuasa tempatan atau mana-mana daripada pegawai, pekerja, ejen atau kontraktornya pada melakukan dan melaksanakan kewajipannya atau apa-apa jua yang dia diberi kuasa atau dikehendaki membuat menurut atau oleh sebab Akta ini, atau yang mengalih apa-apa tanda yang diletakkan bagi maksud menunjukkan sesuatu aras atau arah yang perlu untuk melaksanakan kerja yang dibenarkan oleh Akta ini, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh hingga enam bulan.

Section 100 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my