Malaysia legislation
Section 104
Seksyen 104
(2)
Selain apa-apa remedi yang diberi oleh Akta ini mana-mana jumlah wang itu boleh dituntut mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, dan orang yang bertanggungan membayar wang itu ialah pemunyanya atau pemunya-pemunyanya pada masa kerja itu siap.
(3)
Jika mana-mana penduduk diminta oleh atau bagi pihak berkuasa tempatan supaya menyatakan nama pemunya premis dan dia enggan atau dengan sengaja tidak menyatakan atau dengan sengaja menyalahnyatakan nama pemunya itu penduduk itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi daripada lima ratus ringgit, melainkan jika dia menunjukkan sebab dengan memuaskan hati mahkamah mengapa dia telah enggan atau telah menyalahnyatakan nama pemunya itu.
Prosiding jika wang tidak dibayar
(4)
Jika sesuatu jumlah wang masih belum dibayar apabila tamat masa yang ditetapkan, suatu notis hendaklah disampaikan kepada orang atau mana-mana daripada orang-orang, jika lebih daripada seorang, yang bertanggungan membayar wang itu, memintanya membayar wang itu bersama dengan suatu bayaran sebanyak yang
154 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
ditetapkan bagi kos notis itu, dalam masa lima belas hari selepas notis itu disampaikan.
(5)
Jika tiada seseorang yang bertanggungan membayar wang itu dapat dijumpai, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna dengan menampalkannya di pejabat pihak berkuasa tempatan dan dengan menampalkan satu salinannya pada sesuatu bahagian premis itu yang mudah dilihat iaitu premis yang mengenainya belanja atau kos itu telah dilakukan.
(6)
Jika mana-mana jumlah wang itu atau sesuatu bahagiannya masih kena dibayar dan masih belum dibayar apabila tamat tempoh lima belas hari yang tersebut itu atau suatu tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan, wang itu hendaklah disifatkan sebagai bertunggakan dan boleh dituntut sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
(7)
Tanggungan yang tersebut di atas itu hendaklah mengikat, dan kuasa dan remedi yang diberi di atas boleh dijalankan mulai dari tarikh siapnya kerja itu, dan kemudian daripada itu kuasa dan remedi itu boleh dijalankan terhadap premis itu atau terhadap mana-mana harta alih atau tanam-tanaman yang pada masa itu didapati di atasnya walaupun apa-apa pertukaran telah berlaku tentang pemunyaan atau pendudukan premis itu kemudian daripada tarikh tersebut.
Mendapatkan bayaran belanja dan kos secara ansuran