Malaysia legislation
Section 106
Seksyen 106
Jalan, Parit dan Bangunan 155
(a)
pihak berkuasa tempatan boleh mengeluarkan suatu waran tahanan dan boleh mengambil menurut waran itu apa-apa harta alih dan tanam-tanaman kepunyaan seseorang yang bertanggungan membayar tunggakan itu dan boleh juga mengambil mana-mana harta alih atau tanam-tanaman kepunyaan sesiapa jua yang dijumpai di atas premis yang mengenainya tunggakan itu genap masanya dibayar dan boleh, selepas disampaikan notis yang ditetapkan itu, menjual harta alih atau tanam-tanaman itu melalui lelong awam mengikut cara yang ditetapkan;
(b)
pihak berkuasa tempatan boleh, melalui notis jualan yang disampaikan atau disiarkan mengikut cara yang ditetapkan, mengisytiharkan tujuannya hendak menjual premis yang mengenainya tunggakan itu genap masanya dibayar apabila tamat tiga bulan dari tarikh notis jualan itu, dan jika tunggakan itu tidak dibayar atau dijelaskan apabila tamat tempoh itu, pihak berkuasa tempatan boleh menjual melalui lelong awam, mengikut lot atau dengan cara lain, kesemua premis itu atau apa-apa bahagiannya atau apa-apa kepentingan mengenainya yang difikirkannya cukup untuk mendapatkan bayaran tunggakan dan kos itu:
156 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Dengan syarat bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh bertindak di bawah perenggan (b) untuk menjual premis yang mengenainya tunggakan itu genap masanya dibayar, atau mana-mana bahagian daripadanya atau apa-apa kepentingan mengenainya, jika ada terdapat di premis itu dan pula boleh diambil dan dijual di bawah perenggan (a) harta alih atau tanam-tanaman kepunyaan pemunya itu yang nilainya mengikut anggaran pihak berkuasa tempatan adalah cukup untuk mendapatkan jumlah wang yang dikehendaki untuk menjelaskan tunggakan dan kos itu.
(2)
Mana-mana tenan, tenan kecil, atau penduduk yang membayar apa-apa tunggakan dan kos bagi mengelakkan hartanya dari diambil atau dijual kerana tidak membayar tunggakan yang genap masanya dibayar oleh pemunya premis itu, boleh kemudian daripada itu, jika sekiranya tiada apa-apa perjanjian bertulis sebaliknya, memotong amaun yang dibayar olehnya itu dari sewa yang genap masanya dibayar atau kena dibayar olehnya itu kepada tuan tanah langsungnya kerana premis itu atau apa-apa bahagiannya yang dipegang atau diduduki olehnya, dan boleh memegang milik premis atau apa-apa bahagiannya itu seterusnya sehingga amaun itu telah dibaya rganti kepadanya dengan sepenuhnya sama ada dengan memotongnya dari sewa atau dengan cara lain. Mana-mana tenan atau tenan kecil yang telah membayar ganti, sama ada dengan membenarkan suatu potongan dari sewanya atau dengan cara lain, seseorang tenan kecil atau penduduk yang memegang atau duduk di bawahnya amaun yang dibayar oleh tenan kecil atau penduduk itu adalah mempunyai hak yang serupa untuk memotong amaun itu dari sewa yang genap masanya dibayar atau kena dibayar kepada tuan tanah langsungnya dan untuk memegang milik sehingga dibayar ganti secara yang serupa.
(3)
Resit dari mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa dengan sempurnanya bagi amaun yang dibayar oleh tenan, tenan kecil atau penduduk itu hendaklah disifatkan sebagai suatu penyelesaian penuh bagi amaun sewa yang serupa.
(4)
Jika sesuatu premis yang mengenainya tunggakan genap masanya dibayar, atau jika mana-mana harta alih atau tanam-tanaman yang tersebut dalam subseksyen (1) atau jika hasil jualannya telah pun
Jalan, Parit dan Bangunan 157
ada dalam jagaan undang-undang di bawah apa-apa proses pelaksanaan dengan mana pihak berkuasa tempatan tidak dapat menjalankan remedi yang diberi kepadanya terdahulu daripada ini, pihak berkuasa tempatan boleh memberitahu sheriff atau belif mahkamah yang berkenaan itu akan amaun tunggakan itu, dan adalah berhak tanpa mendapat suatu hukuman dibayar amaun itu daripada hasil jualan premis atau harta itu terlebih dahulu daripada penghutang penghakiman dan daripada pemiutang penghakiman dan daripada mana-mana sipiutang lain.
(5)
Suatu perakuan mengenai amaun tunggakan itu daripada pihak berkuasa tempatan adalah menjadi keterangan prima facie, melainkan jika perakuan itu dipertikaikan oleh penghutang penghakiman, dan, jika berlaku pertikaian, amaun itu hendaklah ditentukan secara terus oleh sesuatu Mahkamah Majistret.
Tahanan