Malaysia legislation
Section 108
Seksyen 108
(2)
Jika sekiranya apa-apa lebihan didapati masih ada, pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika berpuas hati tentang hak seseorang yang menuntut lebihan itu, membayar amaunnya kepada orang itu atau, jika tidak berpuas hati, pihak berkuasa tempatan hendaklah memegang amaun itu sebagai amanah bagi orang yang mungkin berjaya pada akhirnya di sisi undang-undang membuktikan hakmiliknya terhadap lebihan itu.
(3)
Jika tiada apa-apa hakmilik dibuktikan terhadap lebihan itu dalam masa dua tahun dari tarikh jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan pihak berkuasa tempatan itu.
Hakmilik diberi melalui pembelian pada jualan di bawah seksyen 106