Malaysia legislation
Section 120
Seksyen 120
(a)
dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya kepada seseorang anggota atau pekerja dewasa keluarganya di tempat tinggalnya yang akhir diketahui;
(b)
dengan meninggalkannya di tempat tinggal atau tempat perniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau 164 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(c)
dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu sampul yang telah dijelaskan bayarannya dan yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui.
(2)
Sesuatu notis, perintah, saman atau dokumen yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya untuk disampaikan kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis hendaklah disifatkan sebagai telah dialamatkan dengan sempurnanya jika dialamatkan dengan perihal
“pemunya” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihal selanjutnya.
(3)
Sesuatu notis, perintah, saman atau dokumen yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya untuk disampaikan kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis boleh disampaikan dengan menyerahkannya atau suatu salinannya yang benar kepada seseorang dewasa di premis itu atau, jika tiada seseorang yang demikian di premis itu yang kepadanya yang demikian boleh diserahkan dengan usaha yang berpatutan, dengan menampalkan notis, perintah, saman atau dokumen itu di suatu bahagian premis itu yang mudah dilihat.
Kemungkiran mematuhi notis. Penalti am