Malaysia legislation
Section 129
Seksyen 129
Tiada apa-apa salah sebut nama atau perihal yang tidak tepat mengenai mana-mana orang, premis, bangunan, pegangan, jalan atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam sesuatu dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan, menurut kuasa Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh dengan apa-apa cara jua pun menyentuh penjalanan kuat kuasa Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil berkenaan dengan orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu adalah disebutkan dalam dokumen itu dengan cara yang boleh dikenali, dan tiada apa-apa tindakan yang diambil di bawah atau menurut kuasa Akta ini atau di bawah atau menurut mana-mana undang-undang kecil itu boleh menjadi tidak sah kerana tidak mematuhi formaliti.