Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Pengambilan kesemua bangunan jika sebahagian menjadi tidak berguna
(a)
pemaju;
(b)
pemunya bidang hadapan bagi suatu jalan itu; atau
(c)
mana-mana orang lain yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab menyebabkan jalan itu berada dalam keadaan berbahaya atau cacat, mengarahkan supaya jalan itu dibaiki dan dipinda dengan sepatutnya dalam masa yang ditetapkan dalam notis itu dan boleh menentukan dalam notis itu tarikh yang sebelumnya kerja itu hendak dimulakan.
(2)
Jika mana-mana pemunya bidang hadapan atau pemaju atau mana-mana orang lain tidak mematuhi kehendak notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh sendirinya menyebabkan supaya kerja itu dibuat dan pemunya bidang hadapan, pemaju atau orang lain itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasa tempatan kos dan
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
belanjanya sebagaimana yang dibahagikan oleh pihak berkuasa tempatan itu:
Dengan syarat bahawa jika pemunya bidang hadapan atau pemaju atau orang lain itu tidak memulakan kerja itu sebelum tarikh yang ditentukan di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa tempatan itu boleh, menurut budi bicaranya, walaupun tempoh yang dinyatakan dalam notis untuk menyiapkan kerja itu belum lagi tamat, sendirinya menyebabkan supaya kerja itu dibuat dan boleh menuntut kos dan belanjanya dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada itu.
(3)
Jika mana-mana pemunya bidang hadapan atau pemaju atau mana-mana orang lain tidak berpuas hati dengan pembahagian kos itu, dia boleh dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu diterima merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenainya adalah muktamad dan tidaklah tertakluk kepada apa-apa rayuan dalam mana-mana Mahkamah.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan (2), pihak berkuasa tempatan boleh, menurut budi bicaranya, dan setakat mana kumpulan wang yang boleh digunakan olehnya akan membenarkan, melaksanakan atas belanjanya sendiri kerja jalan atas mana-mana jalan persendirian atau sesuatu bahagiannya sebagaimana yang difikirkan perlu atau berfaedah bagi keselamatan, kesihatan, kesenangan atau keselesaan awam:
Dengan syarat bahawa pelaksanaan kerja jalan itu atas belanja pihak berkuasa tempatan tidak boleh menyentuh tanggungan pemunya bidang hadapan atau pemaju atau mana-mana orang lain itu di bawah subseksyen (1) dan (2).
(5)
Suatu perakuan daripada pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa ia berpendapat bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan itu adalah bertanggungjawab menyebabkan sesuatu jalan persendirian atau sebahagiannya berada dalam keadaan berbahaya atau cacat adalah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta itu bagi maksud apa-apa pembicaraan untuk mendapatkan kos dan belanja bagi membaiki jalan persendirian itu.
Jalan, Parit dan Bangunan 41
(6)
Bagi maksud seksyen ini “pemaju” ertinya pemaju bagi tanah kepunyaan orang yang akan menjadi pemunya bidang hadapan.
Notis ke atas orang yang menyebabkan jalan persendirian berada dalam keadaan berbahaya atau cacat