Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 17

(a)

jika sesuatu bangunan yang hendak didirikan akan mempunyai bidang hadapan pada suatu jalan persendirian yang mengenainya pihak berkuasa tempatan boleh menjalankan kuasanya di bawah peruntukan seksyen 11

bagi menghendaki supaya kerja jalan dilaksanakan atau bagi melaksanakan kerja jalan dengan sendirinya; atau

(b)

bagi sesuatu hal dalam mana permohonan adalah dikehendaki, di bawah peruntukan seksyen 9 bagi membuat suatu jalan baharu, tiada apa-apa kerja boleh dimulakan atau dilakukan bagi maksud mendirikan bangunan itu, melainkan jika—

(aa) orang yang mendirikan bangunan itu telah mendepositkan dengan pihak berkuasa tempatan sejumlah wang, jika ada, sebanyak yang dikehendaki didepositkan mengikut suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 18; atau

(bb) deposit mengenai pendirian bangunan itu atau kelas bangunan itu telah dikecualikan di bawah sesuatu perintah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (8):

Dengan syarat bahawa orang itu boleh, jika pihak berkuasa tempatan bersetuju, daripada mendepositkan sejumlah wang, memberi suatu sekuriti dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan.

(2)

Jika apa-apa kerja bagi mendirikan sesuatu bangunan baharu dimulakan bersalahan dengan subseksyen (1), pihak berkuasa tempatan hendaklah menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa tempatan, adalah bertanggungjawab memulakan mana-mana kerja itu, atau menampalkan suatu notis di tapak bangunan baharu itu didirikan,

Jalan, Parit dan Bangunan 43

menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain supaya menghentikan kerja pembinaan dengan segera dan kerja pembinaan itu tidak boleh disambung semula melainkan jika kehendak di bawah subseksyen (1) telah dipatuhi.

(3)

Jika orang yang disampaikan notis kepadanya di bawah subseksyen (2) menyatakan bahawa dia bukannya orang yang bertanggungjawab memulakan mana-mana kerja itu, dia hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya, menyerahkan surat kepada pihak berkuasa tempatan menafikan tanggungjawab itu.

(4)

Jika sesuatu kerja bagi mendirikan sesuatu bangunan baharu dimulakan bersalahan dengan subseksyen

(1)

orang yang bertanggungjawab memulakan kerja itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu notis di bawah subseksyen (2) boleh, selain daripada sesuatu denda yang dikenakan di bawah subseksyen (4), didenda tambahan tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari notis itu tidak dipatuhi.

(6)

Jika mana-mana orang telah disabitkan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) atau (5) atau kedua-duanya dan bangunan itu telah siap didirikan, mahkamah di mana orang itu telah disabitkan boleh, selain daripada denda atau penjara yang boleh dikenakan olehnya di bawah subseksyen (4) atau (5) atau kedua-duanya, memerintahkannya supaya mendepositkan apa-apa amaun yang dia dikehendaki mendepositkan di bawah seksyen 18, dan amaun itu boleh dituntut mengikut undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa bagi mendapatkan bayaran denda.

(7)

Sesuatu perakuan pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa ia berpendapat—

(a)

bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan itu adalah bertanggungjawab memulakan sesuatu kerja bagi mendirikan sesuatu bangunan baharu; atau 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(b)

bahawa sesuatu bangunan baharu yang mengenainya suatu pendakwaan telah dibawa berkenaan dengan apa-apa kerja yang telah dimulakan, kerana melanggar peruntukan subseksyen (1) telah siap, adalah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta itu bagi maksud sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini.

(8)

Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan perintah secara bertulis mengecualikan sesuatu bangunan atau kelas bangunan daripada peruntukan subseksyen (1).

Menentukan amaun untuk dideposit dan tarikh siap

Section 17 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my