Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Selepas sahaja skim itu disediakan pihak berkuasa tempatan hendaklah menyiarkan suatu notis awam berkenaan dengan
Jalan, Parit dan Bangunan 47
penyediaan skim itu dalam Warta dan dalam mana-mana akhbar atau akhbar-akhbar tempatan yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan, dengan memberi butir-butir tempat di mana salinan skim itu boleh diperiksa, mempelawa bantahan secara bertulis daripada sesiapa jua berkenaan dengan skim itu dan menyatakan tempoh (yang tidak boleh kurang daripada satu bulan) bantahan itu boleh dibuat.
(3)
Jika tiada apa-apa bantahan diterima dalam tempoh bantahan boleh dibuat pihak berkuasa tempatan hendaklah memohon kepada
Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan suatu perintah supaya skim itu disahkan.
(4)
Jika ada sesuatu bantahan pihak berkuasa tempatan hendaklah, selepas tamat tempoh bantahan itu boleh diterima, menimbangkan bantahan itu dan berkenaan dengan ini ia boleh mendengar sesiapa jua yang pada memfailkan bantahan itu telah meminta supaya didengar.
(5)
Selepas menimbangkan bantahan itu pihak berkuasa tempatan hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri skimnya sama ada diubah suai atau tidak dan boleh mencatatkan sebab ia enggan mengubah suai atau sebab ia mengubah suai secara yang dilakukan olehnya itu.
Perintah boleh dibuat dengan syarat
(6)
Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan perintah mengesahkan skim yang dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (3) atau (5) dan boleh, pada mengesahkan skim itu, mengubah suai skim itu atau mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengubah suai skim
(7)
Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa selepas apa-apa skim disahkan di bawah subseksyen (6) mengubah suai skim itu atau mana-mana bahagiannya atas permohonan sama ada oleh pemunya tanah yang terlibat atau oleh pihak berkuasa tempatan tetapi
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
hanya selepas memberi tiap-tiap pemunya atau pemunya yang diketahui mana-mana harta yang pada pendapatnya adalah terlibat dengan ubah suaian itu dan selepas memberi pihak berkuasa tempatan suatu peluang untuk didengar sama ada sendiri atau melalui peguam.
Kesan pelan yang menjadi sebahagian daripada skim
(8)
Sesuatu pelan yang menjadi sebahagian daripada sesuatu skim yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud seksyen 70
mempunyai kesan yang sama seperti suatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen ini:
Dengan syarat bahawa kewajipan yang ditanggungkan oleh skim itu tidak boleh terikat kepada mana-mana orang melainkan jika dan sehingga orang itu mengemukakan suatu pelan untuk mendirikan suatu bangunan atas sesuatu bahagian daripada tanah yang terkandung dalam pelan di bawah seksyen 70.
Garis aturan jalan boleh ditetapkan