Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya nama mana-mana jalan dicat, atau dengan cara lain ditandakan, di sesuatu tempat yang mudah dilihat, pada sesuatu rumah, bangunan atau binaan pada atau dekat dengan jalan itu dan dari semasa ke semasa mengubah atau membaharui tulisan nama mana-mana jalan, jika nama jalan itu diubah atau tulisan itu menjadi tidak boleh dibaca.
(3)
Mana-mana orang yang membinasakan, meruntuhkan, mencacatkan, menutup atau menyembunyikan mana-mana tulisan nama sesuatu jalan yang telah dipasang dengan sah di sisi undang-undang, atau memasang di mana-mana jalan apa-apa nama lain yang berlainan daripada nama yang telah diberi dengan sah di sisi undang-
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
undang kepada jalan itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Kedudukan pili bomba