Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 31

Penalti kerana membinasakan

(2)

Mana-mana orang yang membinasakan, meruntuhkan, mencacatkan, menutup atau menyembunyikan apa-apa tanda itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Jalan, Parit dan Bangunan 55

Pemunya dan penduduk hendaklah memelihara nombor itu

(3)

Pemunya dan penduduk rumah atau bangunan itu hendaklah memelihara nombor itu.

(4)

Belanja bagi mengganti atau melekatkan semula mana-mana nombor itu yang telah dibinasakan, diruntuhkan atau dicacatkan, ditutup atau disembunyikan hendaklah dibayar oleh penduduk atau, jika bangunan itu tidak diduduki, oleh pemunyanya, dan boleh dituntut dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Pintu tidak boleh membuka ke arah luar

Section 31 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my