Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 42

Penalti

(2)

Apabila kebenaran itu diberi kepada seseorang, orang itu hendaklah mengarahkan supaya bahan itu atau lubang itu dipagar atau dikepung dengan secukupnya atas belanjanya sendiri dan hendaklah mengarahkan supaya kawasan itu diterangi dengan lampu dengan secukupnya di waktu malam sehingga bahan itu dipindahkan atau sehingga lubang itu ditimbus atau dengan cara lain dijadikan selamat dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan.

Penalti

(3)

Mana-mana orang yang meletakkan bahan atau membuat sesuatu lubang tanpa kebenaran itu atau setelah diberi kebenaran, ianya tidak memagar atau tidak mengepung atau tidak menerangi bahan atau lubang itu dengan lampu atau ia tidak membuang bahan itu atau tidak menimbuskan lubang itu atau dengan cara lain tidak menjadikannya selamat dalam masa yang ditentukan dalam kebenaran itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas dua puluh empat jam menerima notis secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan untuk membuang bahan itu atau menimbus lubang itu.

(4)

Pihak berkuasa tempatan sendiri boleh memagar, mengepung dan menerangi bahan atau lubang itu dengan lampu dan boleh membuang bahan itu atau menimbuskan lubang itu atau dengan cara lain menjadikan ia selamat dan segala kos dan belanja yang timbul daripadanya hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh orang yang mungkir itu.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Tempat berbahaya hendaklah dibaiki atau dikepung

Section 42 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my