Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 51

(2)

Kos itu hendaklah dibayar oleh orang yang menjadi pemunya bidang hadapan apabila kerja itu siap.

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, jika berpuas hati bahawa parit air permukaan atau parit hujan lebat, pembetung, salur atau alur air yang sedia ada akan kena diperelok oleh kerana apa-apa pembangunan yang dicadangkan dalam sesuatu kawasan, menghendaki mana-mana pemaju dalam kawasan itu mendepositkan suatu jumlah wang sebagaimana yang dibahagikan oleh pihak berkuasa tempatan seolah-olah pemaju itu adalah seorang pemunya bidang hadapan sebelum bertindak memajukan kawasan itu:

Dengan syarat bahawa pemaju boleh, jika pihak berkuasa tempatan bersetuju, daripada mendepositkan sejumlah wang, memberi suatu sekuriti dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan.

(4)

Pada menentukan amaun yang masing-masing kena dibayar oleh pemunya bidang hadapan atau pemaju, pihak berkuasa tempatan boleh menimbangkan—

(a)

luas premis mereka masing-masing;

(b)

untuk apakah premis mereka masing-masing akan digunakan;

(c)

keadaan tanah, sebelum, semasa dan apabila kemajuan siap;

(d)

takat faedah yang akan didapati oleh premis itu dengan pembinaan parit air permukaan atau parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air itu;

(e)

jika mana-mana bahagian parit air permukaan atau parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air telah dibina dahulunya, amaun dan nilai kerja yang dilaksanakan oleh pemunya bidang hadapan atau pemaju itu;

(f)

kos premis yang diserah balik oleh pemunya secara sukarela kepada pihak berkuasa tempatan; dan

Jalan, Parit dan Bangunan 75

(g)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan adalah berkaitan dan patut dipertimbangkan.

(5)

Jika pemunya bidang hadapan atau pemaju tidak berpuas hati dengan pembahagian kos itu, dia boleh dalam tempoh satu bulan dari tarikh menerima notis itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri itu adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.

Larangan terhadap bangunan melainkan jika peruntukan dibuat untuk parit, dsb., dan pematuhan notis atau perintah

Section 51 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my