Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 55

(a)

menjadikan atau menyebab dijadikan apa-apa parit sebagai sesuatu daripada parit atau sebagai sesuatu alur atau anak sungai di bawah kawalan pihak berkuasa tempatan;

(b)

menutup, menahan atau melencongkan mana-mana parit, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan sesuatu Mahkamah Majistret hendaklah, atas permohonan pihak berkuasa tempatan membuat suatu perintah mandatori menghendaki pemunyanya meruntuh, mengubah, membuat semula atau dengan cara lain menguruskan parit itu mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Jamban pam dan cecair keluar tred tidak boleh dihubungkan dengan sungai, dsb., tanpa kelulusan

(2)

Tiada sesuatu jamban pam atau tandas boleh dibenarkan dihubung dengan mana-mana sungai, alur, anak sungai, kolam, tasik, laut atau dengan mana-mana parit air permukaan atau parit hujan lebat awam tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab bagi parit itu atau dalam mana-mana hal lain tanpa mendapat persetujuan Pihak Berkuasa

Negeri.

(3)

Tiada apa-apa cecair keluar tred boleh dialirkan ke dalam atau dibenarkan dihubung dengan mana-mana sungai, alur, anak sungai, kolam, tasik, laut atau dengan mana-mana parit air permukaan atau parit hujan lebat awam tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih

Jalan, Parit dan Bangunan 79

dahulu daripada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab bagi parit itu, atau dalam mana-mana hal lain, tanpa mendapat persetujuan

Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa tempatan atau Pihak

Berkuasa Negeri boleh mengenakan syarat ke atas kebenaran itu.

Penalti

(4)

Mana-mana orang yang mengalirkan, menyebabkan atau membenarkan dibuang atau dialirkan ke dalam atau sepanjang mana-mana sungai, alur atau anak sungai, kolam, tasik, laut atau ke dalam atau sepanjang mana-mana parit air permukaan atau parit hujan lebat awam apa-apa najis atau benda tahi berlawanan dengan subseksyen

(2)

atau apa-apa cecair keluar tred berlawanan dengan subseksyen (3)

atau berlawanan dengan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas kebenaran yang diberi itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap satu kesalahan dan sesuatu

Mahkamah Majistret hendaklah atas permohonan pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, membuat suatu perintah mandatori menghendaki pemunyanya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah untuk mencegah sesuatu perhubungan atau pengaliran itu.

Paip air hujan tidak boleh digunakan sebagai paip kotoran

Section 55 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my