Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Bekalan air kepada jamban pam dan tempat buang air kecil
(2)
Jika mana-mana rumah awam, rumah makan, bilik makan minum, panggung, panggung wayang, tempat pameran atau tempat hiburan awam tidak ada sesuatu tempat buang air kecil atau jamban pam ataupun ada tempat buang air kecil atau jamban pam kepunyaannya atau dipasang padanya tetapi tidak mencukupi, pihak berkuasa tempatan boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pemunya premis itu supaya mengadakan dan menyenggara di situ satu atau lebih tempat buang air kecil atau jamban pam yang sesuai di suatu tempat yang sesuai.
(3)
Mana-mana orang pemunya yang tidak mematuhi sesuatu notis di bawah seksyen ini dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya boleh apabila disabitkan bagi tiap-tiap satu kesalahan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.