Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(2)
Jika mana-mana bahagian daripada suatu bangunan yang terlekat kepada sesuatu pegangan diambil di bawah seksyen ini dan hal yang demikian menjadikan bahagian bangunan yang selebihnya itu tidak berguna lagi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu iaitu bahagian yang darinya bangunan itu menjadi sebahagian.
Kesemua pegangan diambil dalam hal keadaan tertentu
(3)
Jika mana-mana bahagian daripada suatu pegangan yang tidak mempunyai apa-apa bangunan terlekat kepada bahagian itu atau kepada bahagian pegangan yang selebihnya itu diambil di bawah seksyen ini dan hal yang demikian itu menjadikan bahagian pegangan yang selebihnya itu tidak berguna lagi sebagai tapak bangunan, Pihak
Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu.
Pampasan di mana tanah yang diasingkan menyebabkan terputusnya dari tanah lain
(4)
Dalam hal di mana tanah adalah diasingkan dan hal yang demikian menyebabkan tanah kepunyaan pemunya itu terputus dari tanah lain yang menjadi sebahagian daripada pegangan itu juga, jika bahagian lebih kecil tanah yang terputus itu telah menjadi tidak berguna lagi sebagai tapak bangunan oleh sebab terputusnya itu, Pihak
Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki oleh pemunyanya, mengambil bahagian yang lebih kecil itu.
Pihak Berkuasa Negeri boleh memerintahkan lorong belakang disusun atur