Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 71

Jika sesuatu bangunan atau sesuatu bahagian bangunan gagal, sama ada pada masa pembinaannya atau selepas ia siap, atau jika terdapat apa-apa kegagalan berhubungan dengan sesuatu kerja tanah atau sesuatu bahagian daripada mana-mana kerja tanah, sama ada pada masa penjalanan kerja tanah itu atau selepas ia siap, dan kegagalan itu adalah disebabkan oleh mana-mana satu atau lebih daripada faktor yang berikut:

114 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(a)

bangunan atau bahagian bangunan itu atau kerja tanah atau bahagian daripada kerja tanah itu tersalah bina atau tidak adanya penyeliaan yang sepatutnya semasa pembinaannya;

(b)

bangunan atau bahagian bangunan itu atau kerja tanah atau bahagian daripada kerja tanah itu tersalah reka bentuk atau tersalah kira; atau

(c)

tersalah guna, orang yang bertanggungjawab atas—

(aa) salah binaan atau tidak adanya penyeliaan yang sepatutnya itu;

(bb) salah reka bentukan atau salah kiraan itu; atau

(cc)

salah gunaan itu, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Meruntuh atau memindahkan bangunan yang tidak dibenarkan

Section 71 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my