Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
Membaharui atau membaiki bangunan dengan bahan mudah terbakar
(2)
Dalam tiap-tiap hal yang tersebut itu pemunyanya hendaklah dianggap sebagai telah memulakan atau menjalankan kerja mendirikan itu sehingga dibuktikan sebaliknya.
Pihak berkuasa tempatan boleh memindah sekatan, dsb.
(3)
Pihak berkuasa tempatan, ejen atau pekhidmatnya boleh memasuki mana-mana bangunan itu dan memindahkan apa-apa sekatan, petak, galeri, loteng, bumbung, siling atau binaan lain yang telah didirikan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan dan dalam hal yang demikian orang yang telah mendirikannya tanpa kebenaran itu atau jika orang yang telah mendirikan tanpa kebenaran itu tidak diketahui atau tidak dapat dicari atau walaupun dapat dicari dia tidak berupaya membayar belanja yang dilakukan, pemunya itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasa tempatan kos dan belanja bagi—
(i)
meruntuhkan binaan itu;
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(ii)
memindahkan harta alih yang terdapat dalam bangunan itu mengikut suatu kadar yang boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi tiap-tiap perjalanan yang dibuat oleh wagon atau kereta pengangkut bagi maksud memindah dan menyimpan harta itu;
(iii)
menyimpan harta alih mengikut suatu kadar yang boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan jika harta itu tidak dituntut pada hari ia dipindahkan itu;
(iv)
apa-apa aktiviti lain yang bersampingan dengan atau yang timbul daripada perenggan (i), (ii) dan (iii), dan pemunya hendaklah disifatkan sebagai telah menanggung rugi pihak berkuasa tempatan terhadap apa-apa tuntutan, gantirosak, kerugian, tindakan atau prosiding yang mungkin dibawa terhadap pihak berkuasa tempatan termasuk apa-apa kos dan belanja yang timbul daripada dan bersampingan dengan perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv).
(4)
Tanpa menyentuh subseksyen (3) mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Bangsal alih tidak boleh didirikan tanpa kebenaran