Malaysia legislation

Section 83

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 83

(2)

Walau apa pun notis yang telah disampaikan di bawah subseksyen (1), jika pihak berkuasa tempatan berpuas hati bahawa berbahaya bagi seseorang untuk berada atau tinggal di dalam bangunan itu, ia boleh dengan notis menghendaki tiap-tiap penduduk dan penginap dalam bangunan itu supaya mengosongkan bangunan itu dalam tempoh yang dinyatakan olehnya.

(3)

Jika apabila disampaikan notis itu pemunya itu berhajat hendak membaikinya, dia tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia telah mendapat kelulusan perancangan untuk berbuat demikian daripada pihak berkuasa yang berkenaan yang menjaga perancangan bandar dan desa dalam kawasan bangunannya itu terletak.

(4)

Jika kelulusan merancang telah diberi, pemunya itu tidak boleh bertindak membaiki melainkan jika dia telah mengemukakan pelan dan penentuan menunjukkan pembaikan yang dicadangkan dan sehingga pelan dan penentuan itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

(5)

Jika pemunya itu tidak mendirikan dinding adang atau pagar dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau tidak mendirikan dinding adang atau pagar mengikut penentuan pihak berkuasa

128 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

tempatan, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki premis di mana bangunan itu terletak dan mendirikan dinding adang atau pagar itu.

(6)

Jika pemunya itu tidak dapat meruntuhkan bangunan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, pemunya boleh meminta pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kehendak notis itu.

(7)

Tiada apa-apa jua permintaan yang dibuat oleh pemunya di bawah subseksyen (6) boleh melepaskan pemunya daripada tanggungannya di bawah seksyen ini melainkan jika dia membuat permintaan itu dalam masa yang ditetapkan untuk dia meruntuhkan bangunan itu dan melainkan jika dalam tempoh itu juga dia—

(a)

mendepositkan dengan pihak berkuasa tempatan sejumlah wang yang difikirkan cukup oleh pihak berkuasa tempatan untuk meliputi kos dan belanja bagi—

(i)

meruntuhkan bangunan itu;

(ii)

memindahkan apa-apa harta alih yang terdapat dalam bangunan itu;

(iii)

menyimpan harta alih itu; dan

(iv)

apa-apa aktiviti lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada subperenggan (i), (ii)

dan (iii);

(b)

menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi pihak berkuasa tempatan daripada apa-apa tuntutan, ganti rosak, kerugian, tindakan atau prosiding yang mungkin dibawa terhadap pihak berkuasa tempatan berbangkit daripada atau bersampingan dengan subperenggan (i), (ii), (iii) dan (iv);

dan

(c)

walau apa pun jumlah wang yang telah dibayar di bawah perenggan (a), membayar kepada pihak berkuasa tempatan sejumlah wang tambahan sebanyak yang ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud penempat semula.

Jalan, Parit dan Bangunan 129

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak notis di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(9)

Jika pemunya tidak mematuhi kehendak notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh melakukan mana-mana atau kesemua perbuatan yang dikehendaki oleh notis itu dan walau apa pun tanggungan pemunya untuk membayar apa-apa denda di bawah subseksyen (8), pemunya hendaklah membayar jumlah wang itu kepada pihak berkuasa tempatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (7) dan pemunya hendaklah disifatkan sebagai telah menanggung rugi pihak berkuasa tempatan itu pada menjalankan kehendak notis itu seolah-olah dia telah meminta pihak berkuasa tempatan supaya berbuat demikian.

(10)

Sesuatu perakuan daripada pihak berkuasa tempatan menyatakan jumlah wang yang dikehendaki dibayar oleh pemunya di bawah subseksyen (5) dan (9) adalah menjadi bukti muktamad mengenai wang yang kena dibayar itu dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan atau semakan dalam mana-mana mahkamah.

Kuasa menutup dan menjamin keselamatan bangunan yang ditinggalkan

Section 83 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my