Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Mana-mana orang yang bercadang hendak membuat sesuatu jalan baharu hendaklah memohon kepada pihak berkuasa tempatan, disertai dengan suatu pelan dalam dua salinan, menunjukkan aras dan pembinaan yang dicadangkan bagi jalan itu dan aras rumah yang akan dibina atas tanah yang bersempadanan dengannya dan cara pemaritannya yang dicadangkan dan juga dengan suatu pernyataan menyatakan bagi kegunaan apakah jalan itu dicadangkan:
Jalan, Parit dan Bangunan 25
Dengan syarat bahawa pihak berkuasa tempatan itu tidak boleh meluluskan pelan jelas bagi mana-mana jalan baharu melainkan penggunaan tanah itu bagi maksud ini telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa.
(3)
Pihak berkuasa tempatan boleh memberi arahan bertulis kepada orang yang mengemukakan sesuatu pelan untuk suatu jalan baharu berkenaan dengan mana-mana daripada butir-butir yang berikut:
(a)
pematuhan Akta ini dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya;
(b)
garis jalan baharu itu, bagi memastikan supaya ia menjadi suatu jalan yang terus menerus dengan mana-mana jalan yang sedia ada atau mana-mana jalan baharu yang dicadangkan;
(c)
aras, bahan dan pembinaan jalan baharu itu;
(d)
mengadakan lorong kaki dan besarnya, penentuan dan cerun lorong kaki itu;
(e)
mengadakan di sepanjang jalan baharu itu jalan silang atau lorong belakang silang;
(f)
lebar jalan baharu itu;
(g)
lebar mana-mana jalan atau lorong belakang silang, yang mana hendaklah selebar yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan;
(h)
cerun, aras dan cara pemaritan jalan baharu itu dan mana-mana jalan atau lorong belakang silang;
(i)
membulatkan penjuru jalan baharu itu;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(j)
mengadakan pembetung dan besarnya, penentuan, dan cerun bagi pembetung itu; dan
(k)
mengadakan lampu jalan, dan orang yang kepadanya arahan bertulis itu diberi hendaklah meminda pelan itu dengan sewajarnya.
(4)
Orang yang pelannya telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan tiap-tiap pengganti dalam hak milik bagi orang itu, setakat mana jalan itu terletak di tanah yang diambilnya itu, hendaklah menyusun atur jalan baharu itu dan menandakan sempadannya dengan batu sempadan atau tanda lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk menunjukkan panjang, lebar dan jajaran jalan itu.
(5)
Jika jalan baharu itu belum disusun atur dan ditandakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelan itu mula diluluskan atau dalam tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki tanah itu dan menyusun atur jalan baharu itu dan menandakan sempadannya atas belanja orang yang pelannya telah diluluskan itu atau atas belanja penggantinya dalam hak milik.
(6)
Orang yang pelannya telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan penggantinya dalam hak milik, setakat mana jalan itu terletak di tanah yang diambilnya itu hendaklah, jika dia membina jalan baharu itu, membina jalan baharu itu mengikut pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam kelulusan itu:
Dengan syarat bahawa pihak berkuasa tempatan itu boleh membaharui kelulusan itu untuk sesuatu tempoh yang difikirkannya perlu.
(7)
Mana-mana orang yang—
(a)
membina sesuatu jalan baharu dengan apa-apa cara melainkan dengan mengikut pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen ini;
Jalan, Parit dan Bangunan 27
(b)
tanpa kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan menanam apa-apa pagar tumbuhan dengan cara supaya mana-mana bahagiannya adalah mengikut mana-mana arah kurang daripada dua puluh kaki daripada tengah jalan kereta bagi mana-mana jalan, yang bukan jalan awam, atau kurang daripada empat puluh kaki daripada sisi seberang jalan bagi mana-mana jalan atau lorong yang digunakan atau dicadang untuk digunakan sebagai cara akses kepada dua buah rumah atau lebih tidak termasuk lebar mana-mana siar kaki yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan; atau
(c)
membina apa-apa pembetung atau jambatan atas garis parit jalan baharu itu dengan apa-apa cara melainkan dengan mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan sesuatu Mahkamah Majistret hendaklah, atas permohonan pihak berkuasa tempatan, membuat suatu perintah mandatori terhadap pesalah itu menghendakinya melaksanakan mana-mana satu atau lebih daripada kerja-kerja yang berikut:
(i)
mengubah jalan itu;
(ii)
membuang apa-apa pagar tumbuhan yang ditanam sedemikian;
(iii)
mengubah atau mengalih mana-mana pembetung atau jambatan yang dibina sedemikian; atau
(iv)
mematuhi pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
(8)
Jika sesuatu jalan baharu adalah dinyatakan sebagai dicadang untuk pejalan kaki, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya untuk memastikan supaya jalan baharu itu tidak digunakan oleh kereta atau kelas kereta.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(9)
Mana-mana orang yang membuka atau menggunakan jalan itu dengan melanggar syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (8)
boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan suatu notis menghendaki supaya diberhentikan pelanggaran itu.
(10)
Tiada seorang pun yang boleh mendirikan atau menyenggara atau membenar didirikan atau disenggara apa-apa halangan di mana-mana jalan, dan pihak berkuasa tempatan boleh, di mana-mana halangan itu berada meruntuhkan dan membuang halangan itu dan kos dan belanja bagi membuat sedemikian boleh dituntut daripada orang yang mendirikan, menyenggara atau membenarkan halangan itu didirikan atau disenggara dan boleh dituntut dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
(11)
Bagi maksud seksyen ini, menyambung sesuatu jalan yang sedia ada atau melebarkan atau mengubah sesuatu jalan yang sedia ada atau memadankan bagi lalu lintas pengangkutan sesuatu jalan yang dibuat untuk lalu lintas lain hendaklah disifatkan sebagai membuat suatu jalan baharu mengenai seluruh jalan itu.
(12)
Jika orang yang memohon di bawah subseksyen (2) tidak berpuas hati dengan sesuatu suruhan atau penolakan pihak berkuasa tempatan, dia boleh, dalam masa tujuh hari dari tarikh menerima suruhan atau penolakan itu, merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri itu adalah muktamad.
(13)
Jika dalam masa dua bulan daripada tarikh menerima permohonan dan pelan di bawah seksyen ini pihak berkuasa tempatan tidak meluluskan, tidak menolak atau tidak membuat suruhan bertulis berkenaan dengannya, pemohon itu boleh memohon kepada Pihak
Berkuasa Negeri dan kuasa yang terletak hak pada pihak berkuasa tempatan itu di bawah seksyen ini hendaklah kemudiannya terletak hak pada Pihak Berkuasa Negeri.
Jalan, Parit dan Bangunan 29
Kelulusan pelan hendaklah tamat