Malaysia legislation

Section 16

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 16

(2)

Sesuatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Ketua Pengarah atas pelanggaran mana-mana syarat lesen itu atau ingkar membayar apaapa wang terakru yang kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen tidak lagi mengerjakan atau mengendalikan pepasangan yang telah diberikan lesen itu:

Dengan syarat bahawa di mana sesuatu lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan bahawa pemegang lesen tidak lagi mengerjakan atau mengendalikan sesuatu pepasangan, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya dia telah menanggung atau mungkin menanggung kesusahan tak sewajarnya disebabkan penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan tersebut dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.

(3)

Pemegang lesen tidaklah berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian yang tertanggung olehnya disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini.

(4)

Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen hendaklah mengalih pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu dan jika gagal mengalihnya akan menyebabkan pemegang lesen bertanggungan atas segala kos untuk mengalih-kannya dan kos itu boleh didapatkan balik dari sekuriti yang didepositkan, jika ada, di bawah subseksyen (1).

AKTΛ 277

Section 16 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my