Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan pepasangan, melainkan jika pepasangan itu didaftarkan mengikut suatu Perakuan Pendaftaran yang sah.
(3)
Perakuan Pendaftaran hendaklah diserahkan balik oleh pemunya atau pemegang lesen kepada Pengarah untuk pembatalan jika pepasangan itu tidak lagi hendak digunakan. Selepas dari itu, jika pemunya atau pemegang lesen hendak mengendalikan pepasangan itu semula, pepasangan tersebut hendaklah dalam segala hal dianggap seolah-olah ianya suatu pepasangan baharu.
(4)
Sesuatu Perakuan Pendaftaran boleh dibatalkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 38.
(5)
Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindahmilik tanpa kebenaran Ketua Pengarah.