Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bahaya" ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa manusia atau anggota badan dari renjatan, lecuran, atau lain-lain bencana dan meliputi bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan akibat dari penjanaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga;
"cedera" dan "cedera parah" masing-masing mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Kanun Keseksaan;
"dengan curang" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Kanun Keseksaan;
"ditebat" ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan tebatan;
"ditetapkan", melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah seksyen 38;
"elektrisk"
"hidup", yang dipakai bagi sesuatu sistem atau manamana bahagian daripada sesuatu sistem, ertinya voltan wujud antara sesuatu konduktor dengan bumi atau antara konduktor dengan konduktor dalam sistem itu;
"janakuasa" ertinya mesin berputar dari apajua jenis untuk menukar tenaga sawat kepada tenaga elektrik;
"kawasan bekalan" ertinya kawasan dalam mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana dan/atau membekalkan tenaga;
"kelengkapan" meliputi apa-apa butiran seperti mesin, transformer, radas, instrumen penyukat, alat pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan perkakas bagi maksud-maksud penjanaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik;
"keselamatan awam" ertinya pengelakan dari tertimpa bahaya kepada orang awam am, harta awam dan lebuh landasan keretapi, lapangan terbang, port, terusan limbungan, dermaga, pangkalan, jambatan, kerja gas dan apurtenannya serta talian telegraf, telefon dan lain-lain talian semboyan elektrik yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan atau manamana Kerajaan Negeri;
“keselamatan diri” ertinya pengelakan dari tertimpa bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik yang dilantik di bawah Akta ini;
"konduktor" ertinya konduktor elektrik yang diatur sedemikian dan disambungkan dengan elektrik kepada sesuatu sistem;
"lampu awam" ertinya lampu elektrik yang diguna bagi menerangi sesuatu lebuh atau lain-lain tempat awam;
seperti kat, alat perkakas n, peng elektrik;
ing diatur ik kepada h Jemaah kta ini;
dari terwam dan t, terusan n, kerja lefon dan nyai atau au mana-tertimpa sendirian;
"lebuh" meliputi apa-apa laluan, jalan, lorong, jalan kecil, medan, halaman, lorong kecil, jalan lalu atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam mempunyai hak lalu-lalang dan juga jalan-raya dan jalan kaki di atas mana-mana jambatan awam;
"lesen" ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang membenarkan pemegang lesen mengendali atau mengerjakan sesuatu pepasangan dan meliputi apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa sebelum pengisytiharan Akta ini;
"mati", yang dipakai bagi apa-apa sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem, ertinya sistem itu tidak hidup;
"motor" ertinya motor dari apa jua jenis bagi mengubah bentuk tenaga elektrik kepada tenaga sawat;
"orang berkuasa" ertinya seseorang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya sesuatu pepasangan, atau oleh kontraktor, yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas-tugas tertentu yang bersampingan dengan penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga: dengan syarat bahawa orang tersebut mempunyai kelayakan yang ditetapkan bagi orang-orang yang menjalankan tugas-tugas itu atau, jika tiada kelayakan ditetapkan, berkompetenan menjalankan tugas yang dia digaji bagi maksudnya itu, beban membuktikan kekompetenan itu adalah terletak pada majikan;
"orang kompeten" ertinya seseorang yang memegang perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan kerja mengikut sekatan-sekatan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan itu;
"pemegang lesen" ertinya seseorang yang dibenarkan menurut syarat-syarat lesen untuk mengerja atau mengendalikan sesuatu pepasangan dan meliputi ejen berkuasa;
"Pemungut Hasil Tanah" mempunyai erti yang diberi kepada "Pemungut" menurut seksyen 5 Kanun Tanah Negara dan seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah, dan bagi Negeri Sarawak, Pengarah Tanah dan Ukur menurut seksyen 2 Ordinan Tanah Sarawak;
"Pengarah" ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 dan meliputi Ketua Pengarah;
"penggerak utama" ertinya mesin yang membekalkan tenaga sawat ke janakuasa;
"pengguna" ertinya seseorang yang dibekalkan tenaga atau yang di premisnya ada pada masa itu dibuat sambungan bagi maksud dibekalkan tenaga oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen;
"pengubahan bentuk" ertinya pengubahan bentuk voltan dari voltan yang rendah kepada voltan yang tinggi atau sebaliknya;
"penukaran" ertinya penukaran arus ulangalik ke arus terus atau sebaliknya dengan cara statik atau dinamik;
"pepasangan" ertinya seluruh loji atau kelengkapan yang berada di bawah satu keempunyaan atau, jika pihak pengurusan ada ditetapkan, yang dijagai oleh pihak pengurusan yang sama, bertujuan membekal atau mengguna tenaga atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, meliputi penggerak utama, jika ada, berserta semua loji, bangunan dan tanah yang diperlukan berkaitan dengannya itu, talian paip, talian bekalan dan radas pengguna, jika ada;
"pepasangan awam" ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi maksud pembekalan tenaga kepada mana-mana orang lain daripada pemegang lesen; dengan syarat bahawa pemegang lesen boleh mengguna tenaga bagi maksudnya sendiri jika penggunaannya itu sejajar dengan terma-terma lesen itu;
"pepasangan persendirian" ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi maksud membekal tenaga ke harta atau premis pemegang lesen atau pemunya itu sendiri dan menggunakannya di tempat itu atau, dalam hal pengguna yang mengambil tenaga dari pepasangan awam, untuk kegunaan hanya di tempat harta atau premis pemegang lesen atau pemunya itu sahaja;
"pihak berkuasa bekalan" ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk menjana dan/atau membekalkan tenaga;
dilantik rah;
ekalkan bentuk an yang galik ke tik atau ekalkan u dibuat eh pihak engkapan tau, jika gai oleh ekal atau ut mana jika ada, yang dip, talian ng diken nbekalan da peme ng lesen ndiri jika ma lesen igan yang nunya se-ke harta tu sendiri lalam hal epasangan arta atau haja;
ana pihak kta Parli ntuk men-
"pihak pengurusan" ertinya orang yang pada masa itu ditugaskan menjaga sesuatu pepasangan;
"sesalur" ertinya talian bekalan yang menerusinya tenaga dibekalkan atau boleh dibekalkan, sama ada talian itu sedang diguna atau tidak;
"sistem" ertinya suatu sistem elektrik dalam mana semua konduktor dan kelengkapan adalah disambungkan secara elektrik atau magnet;
"stesen janakuasa" ertinya mana-mana stesen untuk menjanakan tenaga, meliputi apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu serta tapakbinanya dan meliputi tapakbina yang dicadang hendak digunakan bagi mendirikan stesen janakuasa, tetapi tidak meliputi mana-mana stesen untuk mengubah bentuk, menukar atau mengagihkan tenaga;
"talian aerial" ertinya talian bekalan elektrik yang terletak di atas paras tanah dan di tempat terbuka, dan meliputi talian khidmat;
"talian bekalan" ertinya konduktor atau konduktor konduktor atau alat-alat lain yang menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga berserta dengan apaapa kelongsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat, atau tiang yang menyarungi, mengelilingi atau menupanginya atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang berkaitan dengannya bagi maksud mengubah bentuk, menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga;
"talian bekalan utama" ertinya apa-apa talian bekalan voltan tinggi atau voltan lebih tinggi untuk menghantar tenaga dari stesen janakuasa ke satu stesen janakuasa yang lain atau ke satu sub-stesen dan meliputi mana-mana bangunan atau bahagian sesuatu bangunan yang diguna berkaitan dengan talian bekalan itu;
"tanah rizab" ertinya tanah yang dirizab bagi sesuatu maksud awam, rizab keretapi dan rizab hutan;
"tanah Kerajaan" tidak meliputi tanah rizab dan tanah berimilik;
"tebatan", diguna sebagai kata sifat untuk menggambarkan apa-apa bahan, ertinya tebatan dari sekian saiz, kualiti dan pembentukannya mengikut hal keadaan tertentu, hingga dapat memberi perlindungan yang mencukupi dari bahaya;
“tenaga” ertinya tenaga elektrik atau elektrik yang dijanakuasa, dihantar, diagih atau digunakan bagi apaapa maksud kecuali bagi maksud penghantaran sesuatu bentuk perhubungan atau isyarat; elektrik, melainkan jika ditakrifkan selainnya, adalah suatu-benda-sebagaimana diperuntukkan di-bawah-seksyen-3-Akta-Kilang dan-Jentera-1967;
"timbangtara" ertinya timbangtara di bawah dan mengikut seksyen 25;
"voltan lebih tinggi" ertinya voltan yang biasanya melebihi tiga ribu volt.
PENUBUHAN