Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pengguna lain yang mengambil atau mengguna tenaga dari sesuatu pepasangan hendaklah, jika Ketua Pengarah berkehendakkan sedemikian, mengadakan apa-apa alatcara sebagaimana diarahkan oleh Ketua Pengarah atau sebagaimana ditetapkan untuk mengelakkan risiko kerosakan kepada pepasangan disebabkan elektrik atmosfera.