Malaysia legislation

Section 36

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 36

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang menjaga pepasangan yang sedar akan sesuatu defek yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah serta-merta memperbaiki atau menghapuskan defek itu dan tiap-tiap pengguna yang sedar akan sesuatu defek pada mana-mana kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah sertamerta memperbaiki atau menghapuskan defek itu atau membuat laporan mengenainya itu kepada Pengarah.

(3)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa defek pada sesuatu pepasangan yang berkenaan dengannya suatu lesen ada berkuatkuasa adalah dari jenis yang tidak dapat diperbaiki atau dihapuskan, maka Ketua Pengarah hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika difikirkannya perlu berbuat demikian, hendaklah membatalkan lesen itu.

(4)

Pemegang lesen atau pemunya tidaklah berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya disebabkan penggantungan pengendalian dan penggunaan serta pelakan mana-mana pepasangan atau bahagiannya atau disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) dan (2) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Section 36 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my