Malaysia legislation

Section 38

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 38

Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan apaapa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan khususnya—

(a)

fungsi dan tugas mana-mana Pengarah atau pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3;

(c)

standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam rekabentuk, pembinaan, perlindungan dan penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan, syarat-syarat di bawah mana sesuatu pepasangan atau kelengkapan hendak dikerjakan atau dikendalikan dan larangan mengguna kelengkapan yang merbahaya;

(d)

cara bagaimana tenaga hendak disukat dan standard penyukatan yang hendak digunakan dan cara bagaimana tenaga dibenar dibekal atau digunakan atau dilarang daripada dibekal atau digunakan;

(e)

standard yang akan diterima pakai bagi mengukur dimensa pepasangan dan kelengkapan;

(f)

cara mengawalselia dan had variasi tentang jenis, voltan dan kekerapan bekalan tenaga;

(g)

kelas atau rekabentuk wayar, lekapan dan kelengkapan yang hendak digunakan dan cara bagaimana wayar, lekapan dan kelengkapan itu hendak didirikan, dipasang, disusun, dilindungi, dikawal, diperiksa, diuji dan disenggara;

(h)

fee yang hendak dibayar bagi lesen dan Perakuan Pendaftaran pepasangan dan apa-apa fee lain yang perlu ditetapkan di bawah Akta ini;

Menteri, an apa-Akta ini a pepa iperiksa, ubungan yang disen dan an;

ah atau en 3;

; hendak ian, per gan dan nana se hendak larangan ya;

kat dan gunakan dibekal dibekal gi meng-kapan;

tentang enaga;

pan dan dan cara engkapan isun, di-dan di-sen dan apa-apa vah Akta

(i)

bentuk dan isi kandungan lesen serta syaratsyarat yang hendak ditetapkan dalam lesen, bentuk dan tempoh kesahan Perakuan Pendaftaran dan syarat-syarat penggantungan, perlanjutan dan pembatalan lesen dan Perakuan Pendaftaran;

(j)

kelulusan minimum yang dikehendaki dari orang-orang sebelum mereka boleh ditugaskan merekabentuk, membina, mendiri, menguji, mengendali, menyenggara, membaiki atau mengubah mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau ditugaskan menjaga, mengawal atau mengendalikan mana-mana pepasangan atau kelengkapan;

(k)

mereka jenis ujian yang hendak digunakan untuk menentukan sama ada orang-orang mempunyai kelulusan perlu yang ditetapkan bagi maksud kawalan kompeten dan lain-lain maksud, dan pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan kekompetenan, dan menetapkan fee yang kena dibayar bagi ujian dan perakuan itu;

(l)

pendaftaran dan klasifikasi kontraktor pendawaian, kontraktor tanda elektrik, pembuat papan suis dan orang-orang kompeten, dan untuk menetapkan fee bagi pendaftaran itu;

(m)

langkah-langkah yang akan diambil dan kelengkapan yang akan dibekal dan digunakan berkaitan dengan pepasangan untuk mempastikan keselamatan orang awam dan keselamatan diri;

(n)

langkah-langkah awasan yang akan diambil untuk melepaskan orang-orang dari menjaga kelengkapan dan cara memberitahu Pengarah tentang nama dan kelayakan orang-orang yang ditempatkan untuk menjaga pepasangan dan pengendalian kelengkapan itu;

(o)

cara menghitung kuasa janakuasa dan motor;

(p)

cara mengadakan siasatan dan timbangtara di bawah Akta ini;

(q)

bentuk notis dan cara penyampaiannya:

(r)

menilai dan meluluskan, di mana perlu, apaapa kelengkapan domestik atau lain-lain kelengkapan yang hendak dikilang, diimport, dipamer, dijual, diiklan, dipasang atau digunakan dan menetapkan fee yang kena dibayar mengenainya;

(s)

peruntukan bagi pemegang lesen berkenaan dengan perkara-perkara mengenai—

(i)

pemeriksaan pepasangan atau bahagiannya;

(ii)

pendirian dan pemasangan lampu awam;

(iii)

pemotongan bekalan tenaga; dan

(u)

cara melaksanakan kerja berkaitan dengan penjanaan kuasa dan bekalan tenaga tanpa menjejaskan keselamatan awam atau keselamatan diri;

(iv)

apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya;

(t)

penyerahan penyata kewangan dan laporan audit oleh pemegang lesen;

(v)

cara-cara yang akan digunakan, sama ada dengan mengenakan larangan atau selainnya, untuk mencegah atau mengurangkan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau berbangkit dari pengerjaan apa-apa pepasangan atau kelengkapan.

PELBAGAI

Section 38 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my