Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana lesen bagi pepasangan awam yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang yang diisytiharkan sebelum Akta ini, tiada pemegang mana-mana lesen itu boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Ketua Pengarah—
(a)
memperolehi mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud-maksud pepasangan itu;
(b)
memulakan apa-apa skim baharu mengenai pembekalan tenaga;
(c)
memperbesarkan atau memperluaskan pepasangan atau kawasan bekalan yang ada sekarang; atau
(d)
memasang apa-apa loji atau kelengkapan yang baharu atau menggantikan apa-apa loji atau kelengkapan yang ada sekarang bagi maksudmaksud pepasangan itu.
Kegagalan mematuhi seksyen ini akan menyebabkan lesen pemegang lesen itu boleh kena dibatalkan menurut budi bicara Ketua Pengarah.