Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Akta Elektrik 1949 adalah dipinda dengan---
(a)
memotong takrif "Chief Inspector" dan "Inspector" yang terdapat dalam seksyen 2;
(b)
memotong perkataan-perkataan yang bermula dari ", and, in particular, may appoint..." sehingga "other duties as may be prescribed" yang terdapat dalam subseksyen (1) seksyen 12; dan 46
(c)
memotong subseksyen (3) seksyen 12, paragraf (e) dan (g) subseksyen (2) seksyen 20, seksyen 39,40,42,67,68,69,70,71,72,73,74,78,79 80,81,82,83,subseksyen (4),(5),(6),(7) dan (13) seksyen 86,paragraf (a),(b),(c),(e),(f),(g), (h),(i),(j),(l),(m),(n),(o) dan (p) subseksyen (1) seksyen 89 dan seksyen 93.
(Seksyen 9 (2))
MALAYSIA
NEGERI.
NOTIS CADANGAN MEMASUKI DAN MENJALANKAN KERJA DI ATAS TANAH DI BAWAH SEKSYEN 9
Kepada :
Hakmilik atau lain-lain periha
Sila ambil ketahui bahawa saya..
beralamat.
sebagai pemegang lesen bertarikh...
di bawah Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 berhasrat memasuki tanah yang tersebut di atas bagi maksud (di sini seboleh-bolehnya nyatakan dengan penuh dan tepat apa yang dicadang hendak dilakukan).
Kamu boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan Notis ini, membuat bantahan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada Pemungut Hasil Tanah di...
Pemungut Hasil Tanah telah menetapkan... sebagai harinya yang bantahan itu akan didengar.
Jika kamu tidak membuat bantahan dalam masa yang ditetapkan itu maka adalah dianggapkan yang kamu telah mengizinkan saya memasuki tanah itu mengikut kehendak-kehendak Notis ini.
Kamu akan dibayar pampasan kerosakan yang dilakukan.
Bertarikh pada...haribulan..
yang wajar atas apa-apa
Pemegang Lesen