Malaysia legislation

Section 4

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 4

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik dan mana-mana pegawai lain hendaklah menjalankan fungsi dan kewajipan seperti berikut:

(a)

untuk mengawalselia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik hendak diperiksa;

1 keadaan zan yang trik yang bagi apan sesuatu nelainkan sebagai ta-Kilang wah dan iwai yang a Elektrik Pengarah, Pengarah erlu bagi ang pega a apa-apa ii.

MERIKSA

Pengarah an semua ) hendak an Ketua

Pengarah

Pengarah

1 pegawai kewajipan dan cara u keleng-

(b)

untuk membuat rancangan tentang jenis ujian yang dikenakan dan menetapkan kelulusan dan pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa jua maksud menurut Akta ini;

(c)

untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa jua pepasangan elektrik;

(d)

untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, mengenai pendaftaran pepasangan, kontraktor elektrik dan pekilang serta orang-orang kompeten;

(e)

untuk mengeluarkan lesen bagi pepasangan awam dan persendirian;

(f)

untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan menilai serta meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;

(g)

untuk menjalankan segala aktiviti lain yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai perlu, berfaedah atau mustahak bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini.

Section 4 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my