Malaysia legislation

Section 7

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 7

(a)

mengguna, mengerja atau mengendali atau membenar diguna; dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan; atau

(b)

membekal kepada mana-mana orang lain atau untuk kegunaan mereka tenaga dari mana-mana pepasangan, kecuali di bawah dan mengikut terma-terma sesuatu lesen yang membenarkan dengan nyatanya penggunaan atau bekalan itu, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Lesen boleh diberi oleh Ketua Pengarah dengan persetujuan Menteri dengan membayar apa-apa fee yang ditetapkan.

(3)

Tiada satu pun lesen boleh dipindahmilik melainkan keizinan daripada Menteri mengenai pindahmilik itu ada tertulis pada lesen itu.

(4)

Lesen adalah tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan dan kepada syarat tambahan, jika ada, yang dikenakan dalam tiap-tiap satu halnya itu oleh Ketua Pengarah, dan syarat-syarat tambahan itu hendaklah dinyatakan dalam lesen tersebut.

(5)

Lesen adalah sah selama tempoh yang diluluskan dalam tiap-tiap satu halnya itu oleh Ketua Pengarah :

Dengan syarat bahawa tiada satu pun lesen boleh, tanpa kelulusan yang nyata daripada Menteri, sah selama tempoh melebihi dua puluh satu tahun.

(6)

Tempoh lamanya tiap-tiap satu lesen adalah seperti yang dinyatakan dalamnya dan dalam tiap-tiap lesen untuk pepasangan awam maka hendaklah dinyatakan—

(a)

kawasan bekalan;

(b)

voltan yang diumumkan dan variasi yang di benarkan daripadanya;

(c)

caj maksimum yang kena dibayar oleh pengguna; dan

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

Section 7 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my