Malaysia legislation

Section 27

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 27

Jika notis penamatan telah diberikan menurut seksyen 26—

(a)

kontrak yang berhubungan dengan notis itu hendaklah disifatkan telah ditamatkan dengan persetujuan bersama dan tidak pernah berkuat kuasa; dan

(b)

apa-apa kontrak gerenti yang berhubungan dengan kontrak itu hendak1ah disifatkan tidak pernah berkuat kuasa.

Bahagian Va

LARANGAN SKIM PIRAMID

Tafsiran berhubungan dengan Bahagian ini 27a. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“mempromosikan”, berhubungan dengan skim piramid yang dilarang oleh Akta ini, ertinya—

(a)

mengikhtiarkan, menyediakan, mewujudkan, merancang, mengiklankan, mengendalikan atau menjalankan dengan menggunakan apa-apa perantaraan termasuk melalui transaksi elektronik; atau

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 27

(b)

mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk menjadi peserta dalam skim itu dengan menggunakan apa-apa perantaraan, termasuk melalui transaksi elektronik;

“orang” ertinya individu, pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan;

“peserta” ertinya orang yang menyertai atau memperoleh faedah dalam suatu skim piramid;

“skim piramid” ertinya apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang mempunyai semua atau mana-mana ciri yang dinyatakan dalam Jadual.

Menyalahi undang-undang untuk mempromosikan atau menjalankan skim piramid 27b. (1) Tiada seorang pun boleh mempromosikan atau menyebabkan supaya dipromosikan sesuatu skim piramid.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh juta ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh juta ringgit;

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(3)

Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam suatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam suatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam suatu pertubuhan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(b).

Section 27 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993