Malaysia legislation

Section 29

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 29

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa Penolong Pengawal itu untuk—

(a)

menggeledah premis itu bagi, dan menyita apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 29

(b)

mengalihkan dari premis itu apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah perenggan (a)

dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Penolong Pengawal itu;

(c)

memeriksa mana-mana orang yang berada di premis itu, jika Penolong Pengawal itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer, termasuk dokumen persendirian, yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu dan menyita harta, dokumen atau data berkomputer itu;

(d)

mengalihkan daripada orang yang diperiksa di bawah perenggan (c) harta, dokumen atau data berkomputer sedemikian yang disita di bawah perenggan itu dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Penolong Pengawal itu; dan

(e)

memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan dari, mana-mana harta, dokumen atau data berkomputer yang disita dan ditahan di bawah perenggan (b), (c) dan (d).

(3)

Jika perlu untuk berbuat demikian, seseorang Penolong

Pengawal boleh dalam menjalankan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1)—

(a)

memecah buka mana-mana pintu mana-mana premis itu dan memasuki premis itu;

(b)

memasuki dengan menggunakan kekerasan mana-mana premis dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(c)

memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah;

(d)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

(e)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis sehingga penggeledahan itu selesai.

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(4)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah subseksyen (1), Penolong Pengawal itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta, dokumen atau data berkomputer itu dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(5)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau mengalihkan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 29a. Jika seseorang Penolong Pengawal dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 29 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu, penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Penolong Pengawal itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 29 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Penolong Pengawal boleh membawa orang lain 29b. Mana-mana Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen 29a boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang didapatinya perlu, dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya pada menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini dia hendaklah, jika premis itu tidak diduduki atau jika penghuninya tiada pada masa itu, meninggalkannya selamat daripada penceroboh sebagaimana sebelum dia memasukinya.

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 31

Capaian kepada data berkomputer 29c. (1) Seseorang Penolong Pengawal yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—

(a)

termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami; dan

(b)

mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563].

Senarai benda yang disita 29d. (1) Jika apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer disita di bawah Bahagian ini, Penolong Pengawal itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyediakan suatu senarai benda yang disita dan mengenai tempat di mana harta, dokumen atau data berkomputer itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak diduduki, Penolong Pengawal itu hendaklah apabila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Kuasa untuk menangkap

Section 29 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993